Wednesday 19 September 2012

Panda di AS lahir anak

Panda betina yang diberi nama Mei Xiang hadiah dari negara China kepada bekas Presiden AS, Richard Nixon melahirkan anak melalui proses pensenyawaan di Zoo Negara, Washington selepas 13 tahun. - AGENSI
WASHINGTON 18 Sept. - Seekor panda betina di sebuah zoo di sini, kelmarin selamat melahirkan anaknya selepas bertahun-tahun gagal dalam proses pensenyawaan.
Saintis yang bertugas di Zoo Negara sebelum ini telah melakukan pelbagai usaha untuk membuatkan panda berusia 14 tahun, Mei Xiang memiliki anak.
Namun, harapan saintis untuk melihat Xiang melahirkan anak kembali cerah selepas haiwan itu berjaya menjalani proses pensenyawaan pada awal tahun ini.
Kelahiran anak panda berwarna merah jambu dan tidak berbulu itu merupakan yang pertama buat Xiang sejak 2005.
Bagaimanapun anak panda tersebut hanya akan diberikan nama selepas 100 hari mengikut tradisi China.
Sejak 2007, pegawai zoo gagal melakukan proses pensenyawaan terhadap Xiang sebanyak lima kali.
Kegagalan sebelum ini membuatkan saintis bimbang haiwan betina itu akan menjadi mandul dan hanya memperolehi kurang 10 peratus untuk bunting ekoran kegagalan proses pensenyawaan yang dilakukan.
Kali pertama Zoo Negara di Washington menerima pasangan panda adalah pada 1972 dari China sebagai hadiah kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Richard Nixon yang melakukan lawatan bersejarah ke republik terbabit.
Xiang dan pasangannya, Tian Tian yang lahir di China, merupakan pasangan panda kedua yang tinggal di zoo berkenaan. - AGENSI

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © blog saya Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger