Thursday, 27 September 2012

Cerita Lucu: Ujian akhir CIA

0 comments
Tiga lelaki sedang bersiap untuk mengikuti ujian akhir untuk menjadi agen CIA. Pegawai bertugas menyatakan yang didalam ujian akhir mereka ini, mereka dikehendaki membunuh isteri masing2. Pegawai itu memberi senapang pada Abdul dan kemudian masuk ke bilik sebelah dimana isterinya berada. Beberapa minit kemudian lelaki itu keluar dan mengatakan dia terlalu cinta kepada isterinya, tak kuasa ia membunuhnya.

Amin memasuki bilik yang lain dengan senapang untuk membunuh isterinya. Sepuluh minit kemudian dia keluar dan menyatakan.. betapapun dia ingin jadi agen CIA, dia tak sanggup membunuh isterinya sendiri.

Kemudian pegawai itu memberikan senapang kepada Akbar dan kemudian masuk bilik yang mempunyai isterinya... Setelah 15 minit mereka semua mendengar bunyi tiga kali tembakan. Kemudian setelah beberapa minit.. lelaki itu keluar dengan nafas termengah-mengah dan berpeluh... Pegawai itu bertanya apa yang terjadi.. dan Akbar menjawab "Tuan bagi senapang yang ada peluru kapur.. jadi aku terpaksa mencekik leher isteriku untuk membunuhnya.."
Read more ►

Cerita Lucu: Pernahkah anda terfikir jika pekara ini berlaku ke atas anda?

0 comments
Saya berada di sebuah restoran semalam. Tiba-tiba saya rasa macam nak terkentut.
Muzik yang dipsang di restoran itu kuat, jadi saya melepaskan kentut saya mengikut alunan irama muzik itu.

Selepas beberapa minit saya berasa lega.

Saya menghabiskan minuman saya, semasa bangun dari tempat duduk saya lihat orang sekeliling memandang saya dengan muka yang masam...

Baru saya sedar rupa-rupanya saya dengar muzik dari ipod saya… :-(
Read more ►

Wednesday, 19 September 2012

Panda di AS lahir anak

0 comments
Panda betina yang diberi nama Mei Xiang hadiah dari negara China kepada bekas Presiden AS, Richard Nixon melahirkan anak melalui proses pensenyawaan di Zoo Negara, Washington selepas 13 tahun. - AGENSI
WASHINGTON 18 Sept. - Seekor panda betina di sebuah zoo di sini, kelmarin selamat melahirkan anaknya selepas bertahun-tahun gagal dalam proses pensenyawaan.
Saintis yang bertugas di Zoo Negara sebelum ini telah melakukan pelbagai usaha untuk membuatkan panda berusia 14 tahun, Mei Xiang memiliki anak.
Namun, harapan saintis untuk melihat Xiang melahirkan anak kembali cerah selepas haiwan itu berjaya menjalani proses pensenyawaan pada awal tahun ini.
Kelahiran anak panda berwarna merah jambu dan tidak berbulu itu merupakan yang pertama buat Xiang sejak 2005.
Bagaimanapun anak panda tersebut hanya akan diberikan nama selepas 100 hari mengikut tradisi China.
Sejak 2007, pegawai zoo gagal melakukan proses pensenyawaan terhadap Xiang sebanyak lima kali.
Kegagalan sebelum ini membuatkan saintis bimbang haiwan betina itu akan menjadi mandul dan hanya memperolehi kurang 10 peratus untuk bunting ekoran kegagalan proses pensenyawaan yang dilakukan.
Kali pertama Zoo Negara di Washington menerima pasangan panda adalah pada 1972 dari China sebagai hadiah kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Richard Nixon yang melakukan lawatan bersejarah ke republik terbabit.
Xiang dan pasangannya, Tian Tian yang lahir di China, merupakan pasangan panda kedua yang tinggal di zoo berkenaan. - AGENSI

Read more ►

Filem hina Islam: Pemilik kemudahan TV dakwa ditipu

0 comments
WASHINGTON 19 Sept. - Seorang aktivis Kristian Koptik Amerika Syarikat (AS), pemilik kemudahan televisyen di California yang digunakan dalam pembuatan filem anti-Islam berkata, dia ditipu penerbit mengenai kandungan filem berkenaan.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi laman blog aktivis anti-Islam AS, Joseph Nassralla, pengasas kumpulan Media for Christ yang beribu pejabat di Duarte, California berkata, dia menjadi mangsa `salah maklumat dan cubaan memburuk-burukkan’ dan penerbit itu telah mengubah kandungan filem tanpa pengetahuannya.
Nassralla berkata, dia dihubungi Nakoula Basseley Nakoula tahun lalu yang disifatkan sebagai penerbit filem itu dengan rancangan menghasilkan filem mengenai penindasan penganut Kristian di Mesir. - REUTERS
Read more ►

Keletihan punca utama Kelantan kalah - Hodak

0 comments
KUALA LUMPUR 19 Sept. - Jurulatih Kelantan Bojan Hodak berpendapat keletihan merupakan punca pasukannya dibelasah 1-5 oleh juara liga Iraq, Arbil dalam pusingan pertama perlawanan suku akhir Piala AFC, pada Selasa.
Berikutan perjalanan jauh dan memenatkan dari Kota Baharu, pasukan pantai timur itu berhempas pulas dalam perlawanan itu di Stadium Francouse Al Hareeri.
Halkard Mulla Mohammed membuka jaringan pada minit ke-38 dari kawasan penalti sebelum ketua pasukan Kelantan Mohd Badri Radzi menyamakan kedudukan pada minit ke-41, kata AFC seperti yang dipetik daripada laman web mereka; www.the-afc.com.
Amjed Radhi menambah jaringan Arbil dengan satu lagi tendangan penalti pada minit ke-51 sebelum Luay Salah menjaringkan gol pada minit ke-66 dan diperkukuhkan dengan dua jaringan oleh pemain gantian Salih Sadeer pada minit ke-72 dan sebelum tiupan wisel penamat permainan memastikan pasukan Iraq melangkah keluar padang dengan kemenangan meyakinkan.
"Secara jujur, kami tidak layak menerima kekalahan teruk ini dan kami mungkin dapat menjaringkan lebih daripada satu gol tetapi kami gagal merebut peluang yang ada," kata Hodak.
"Semua pemain keletihan dan terjejas dengan perjalanan jauh yang mengambil masa lebih daripada 30 jam. Kami juga kehilangan lima pemain utama yang tidak datang bersama kami ke Arbil atas pelbagai sebab," katanya.
Walaupun keputusannya mungkin sudah berlalu bagi juara liga Super itu, jurulatih dari Croatia itu masih tidak berputus asa.
"Kita akan mndapatkan kembali beberapa pemain dalam pusingan kedua dan diharapkan kami akan mendapat keputusan yang baik," katanya.
"Dalam bola sepak tidak ada yang mustahil dan kami akan mencuba sedaya upaya untuk menang dalam pusingan kedua minggu depan. Kami berharap dapat mengalahkan Arbil walaupun saya percaya mereka adalah favourite untuk memenangi kejuaraan tahun ini," katanya.
Kelantan akan bertemu kelab Iraq itu bagi perlawanan pusingan kedua yang dijadual pada 25 Sept di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu.
Pemenang perlawanan ini akan bertemu sama ada Chonburi FC dari Thailand atau Al-Shorta dari Syria dalam pertemuan separuh akhir yang dijadual pada 2 dan 23 Okt. - BERNAMA

Read more ►
 

Copyright © blog saya Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger